CFD adalah produk yang berisiko sangat tinggi. Hanya berdagang jika anda memahami sepenuhnya risiko dan Pendedahan Risiko kami.

Jawapan: Formula mengira faedah semalaman untuk Forex, saham CFD dan beberapa indeks: jumlah kontrak x kadar swap ÷ 360
Sebagai contoh: pelanggan membuat pesanan belian untuk pasangan matawang EURUSD, dengan kadar swap ialah -1.78%. Pelanggan, berdagang dengan EURUSD 1 lot standard. Formula jumlah nilai kontrak = saiz kontrak * lot = 100000 x 1 Euro, dengan mengandaikan bahawa kadar pertukaran daripada Euro kepada dolar AS = 1.23456, jadi jumlah nilai kontrak untuk EURUSD 1 Lot = 100000 x 1.23456 = 123456 USD. Oleh itu, faedah semalaman untuk membuka pesanan belian 1 lot EURUSD = 100000 x 1.23456 x (-1.78%) ÷ 360 = -6.104 USD. Hasilnya adalah nilai negatif yang bermakna pelanggan perlu membayar faedah semalaman $6.104 USD. Oleh itu, faedah semalaman ditentukan oleh kadar swap pada platform. Jika kadar swap adalah negatif, pelanggan akan dikenakan faedah. Kadar swap adalah positif, pelanggan akan menerima faedah daripada Syarikat.