Notis Penting: Lindungi Diri Anda Daripada Potensi Penipuan - ZFX

Pengumuman

Notis Penting: Lindungi Diri Anda Daripada Potensi Penipuan

Pelanggan yang dihormati,

Hari ini, suka untuk kami mengingatkan anda supaya sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri anda daripada sebarang sindiket penipuan.

Demi meneruskan usaha kami dalam mengekalkan langkah keselamatan yang teguh, adalah penting bagi anda untuk sentiasa mengambil kira garis panduan berikut:

  1. Mengesahkan ketulenan laman web: Semak URL dan hanya gunakan laman web rasmi yang kami gunakan untuk saluran rasmi kami.
  2. Berhati-hati dengan pautan e-mel mencurigakan yang boleh membawa kepada laman web palsu. Pertimbangkan semula sebelum mengklik mana-mana pautan.
  3. Elakkan berkongsi sebarang maklumat sensitif seperti kata laluan, butiran kad kredit atau alamat melalui e-mel atau panggilan telefon. Hanya kongsi maklumat sedemikian jika anda pasti tentang kesahihan penerima makumat tersebut.
  4. Jika anda menemui laman web, e-mel atau sebarang aktiviti mencurigakan yang mendakwa diri mereka berkait dengan pembrokeran, laporkan dengan segera kepada wakil khidmat pelanggan kami untuk membantu melindungi orang lain daripada kemungkinan penipuan.

Di bawah merupakan beberapa contoh laman web palsu yang harus anda elakkan:

Notis Penting: Lindungi Diri Anda Daripada Potensi Penipuan - ZFX
Notis Penting: Lindungi Diri Anda Daripada Potensi Penipuan - ZFX
Notis Penting: Lindungi Diri Anda Daripada Potensi Penipuan - ZFX
Notis Penting: Lindungi Diri Anda Daripada Potensi Penipuan - ZFX

Sila rujuk senarai di bawah untuk pautan laman web rasmi ZFX

Laman web rasmi ZFX:

Negara Laman Web Rasmi
Thailand www.zfx-asia.com/th
Indonesia www.id-zfx.com/id/
Vietnam www.asiazfx.com/vi/
China zealmarkets.com/ atau zeal-markets.com/
Lain-lain www.zfx-asia.com

Dengan mematuhi langkah berjaga-jaga ini, anda secara aktif menyumbang untuk mengekalkan persekitaran dagangan yang selamat. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan mengenai keselamatan akaun anda atau ingin melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan, wakil khidmat pelanggan kami yang berdedikasi sentiasa bersedia untuk membantu.

Lihat saluran rasmi kami di bawah untuk mengesahkan ketulenan laman web yang anda akses.

E-mel khidmat pelanggan: cs@zfx.com

Laman hubungi kami: /about-zfx/contact-us/

Terima kasih atas kepercayaan dan kerjasama yang berterusan. Bersama-sama, kita boleh memastikan perjalanan perdagangan yang selamat dan bermanfaat.

ZFX / Zeal Capital Market